October 30, 2011

STRESS KERANA CINTA???

ASSALAMUALAIKUM... haiii pembaca2 bloggers heehehe..korang semua ni singke or dah ada pasangan masing2??hee mesti dah ada kan??hahhahaha..=D tapi kalau dah putus jgnla terlampau stess ye tak elokk..lets watch out.


wahh sweet tak gmbr di atas??heee...

Stres berlaku dalam semua aspek kehidupan.Percintaan juga boleh mengakibatkan stres yang tidak kurang hebatnye kann kann..=D
Stres negatif dalam percintaan akan memalapkan api kemesraan dan mungkin memusnahkan perhubungan cinta tersebut sekiranya tidak ditangani dengan segera & berkesan..Adalah lebih baik mengelakkan stres daripada cuba mengatasi stres setelah ianya berlaku.Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk mengelakkan stres dalam hubungan percintaan dengan lebih berkesan..watch out..=)

-JANGAN LETAKKAN KEBAHAGIAAN ANDA DI TANGAN PASANGAN ANDA SEMATA-MATA
kebahagiaan t terletak di tangan sesiapa melainkan diri sendiri.menurut abraham lincoln,kebahagiaan terletak kepada cara seseorang itu berfikir..Sekiranya individu berfikiran positif dan gembira,begitu jugalah kehidupannya.kepada pasangan menambahkan kelemahan individu kerana sekiranya sesuatu berlaku kepada pasangan atau perhubungan,dia akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya..

-JANGAN TERLALU SERIUS DALAM PERHUBUNGAN
Kita mestilah memandang sesuatu perhubungan tetapi jangan terlalu serius dalm pelaksanaanya.cinta adalah untuk dinikmati bukan untuk menyeksa seseorang individu.relaks dan cuba menikmati setiap detik yang belalu dengan lebih bermakna..

-JANGAN MENGHARAPKAN PASANGAN UNTUK MEMENUHI SEGALA IMPIAN & KEHENDAK DIRI SENDIRI
Oleh itu ada kemungkinan harapan,impian dan kehendak diri sendiri tidak dapat dipenuhinya kerana dia juga mempunyai harapan,impian dan kehendak diri sendiri yang perlu dipenuhinya.pasangan yang bahagia besedia untuk berkongsi apa yang ada & tidak memaksa satu sama lain untuk menjadi alat mencapai impian..

-JANGAN MEMENDAM PERASAAN SEKIRANYA BERLAKU KONFLIK @ PERTENGKARAN
Ada pasangan yang mengelak daripada membincangkan isu-isu yang menimbulkan konflik malah ada yang tidak mengakui kewujudan konflik dalam hubungan mereka.Kegagalan ini hanya akan merumitkan keadaan kerana akan ada pihak yang tidak puas hati contohnya mcm pihak ketiga la kan or yang jeles kat kita ke sebab kita couple ngan orangtuu like thatla..dalam erti kata lain ia hanya akan menjadi KUDIS YANG BERNANAH sekiranya tidak diubati..

-ELAKKAN CUBA MENGUBAH KEKASIH ANDA YANG SUDAH MOLEKK ITU heee..=)
Setiap individu adalah hasil drpda pembentukan personaliti yang memakan masa bertahun tahun.Adalah mustahil bagi kita untuk mengubah pasangan mengikut cita rasa sendiri.Tingkatkan empati & cuba memahami pasangan daripada perspektif dirinya pula.Apakah perasaan korang sekiranya pasangan anda cuba untuk menukar diri korang dari diri korang yang sebenar??Sebagai alternatif,korang boleh mencuba untuk berdiplomasi dengan pasangan dan meminta dia lebih peka tentang aspek-aspek yang korang suka atau tak suka tentang dirinya..

okkk itu sahajalhh tips2nyee tak byk ponn saje nak share2 ngan korangg heee..thanks yeahh yang sudi terjah blog ni n baca segala yang anis post hahaha..=D ASSALAMUALAIKUM..


sumber dari~majalah dara.com~



No comments:

Post a Comment